Poster Ramadan Dakwah


2016



2015




Siri 1/1436h


Siri 2/1436h



Siri 3/1436h


 Siri 4/1436h

Penerangan:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja walaupun sedikit seperti sebijik lenga, atau setitik air atau menelan kahak yang telah dikeluarkan hingga had yang zahir iaitu makhraj (ha’) atau memasukkan kembali tahi sembelit selepas daripada keluarnya.
2. Muntah atau sedu dengan sengaja apabila keluar sesuatu daripada perutnya kepada had yang zahir.
3. Bersetubuh dengan sengaja iaitu dengan memasukkan hasyafah atau kadarnya ke dalam faraj atau dubur manusia atau binatang. Memasukkan setengah hasyafah tidaklah membatalkan puasa orang yang memasukkannya tetapi batal puasa orang yang disetubuhi kerana sampai ‘ain ke dalam rongganya.
4. Mengeluarkan air mani dengan sengaja atau keluar secara * mubasyarah tanpa jima’ seperti menyentuh, berpeluk atau bercium dengan tidak berlapik.
5. Gila, walaupun satu detik dalam harinya.
6. Pitam sepanjang harinya iaitu bermula daripada naik fajar sehingga jatuh matahari.
7. Berbuka puasa sebelum daripada dipastikan jatuh matahari atau dhan bahawa matahari telah jatuh, jika tidak nyata keadaan baginya.
8. Murtad.
9. Kedatangan haid atau nifas walaupun yang mengiringinya ‘alaqah atau mudghah kerana ianya dikira sebagai darah haid yang berkumpul.
10. Wiladah yang beserta dengan basah.
Sumber Rujukan: Matla’ al- Badrain- Kitab: Puasa
Siri 5/1436h


Adab Ifthar (Berbuka Puasa)
Penerangan:
Terdapat pelbagai amalan yang membawa kebaikan dan keberkatan ketika berbuka puasa. Namun, ramai umat Islam yang melupakan hal tersebut disebabkan terlalu ghairah dan semangat untuk berbuka puasa sehingga hal yang lebih berkat dan Sunnah dilupakan contohnya seperti membawa doa makan. Oleh yang demikian, mari kita lihat amalan yang yang mudah dan ringkas untuk diamalkan ketika berbuka puasa.
1. MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka" (HR. Bukhari & Muslim)
Ini bermaksud ketika matahari telah tenggelam dan berkumandangnya azan, maka bersegeralah berbuka.
2. BERBUKA DENGAN ROTHB, TAMR & SETEGUK AIR
Dari Anas bin Malik r.a.; "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sangat menyukai berbuka dengan rothb (kurma basah). Namun kurma basah jarang dijumpai dan yang sampai ke negeri kita hanya kurma kering. Jika tiada kedua-duanya, gantikanlah dengan makanan yang manis-manis seerti buah-buhan. Kata ulama' Syafi'iyah, ketika puasa, pernglihatan kita berkurang, kurma itu sebagi pemulihnya dan makanan manis itu sama erti dengan kurma. Jika tiada juga, berbukalah dengan seteguk air.
3. MEMBACA 'BISMILLAH'
"Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya kami makan dan tidak berasa kenyang?" Baginda bersabda: "Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri." Mereka menjawab. "Ya" Baginda bersabda lagi "Hendaklah kalian makan secara bersama-sama dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya. (HR. Abu Daud)
4. BERDOA KETIKA BERBUKA
"Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: Pemimpin yang adil, orang berpuasa, doa orang yang dizalimi." (HR Tirmizi)
Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya doa kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.
5. MINUM DENGAN TIGA NAFAS
"Rasulullah s.a.w biasa minum dengan tiga nafas. Jika wadah minuman didekati ke mulut baginda, baginda menyebut nama Allah Taala. Jika selesai satu nafasm baginda bertahmid (memuji) Allah Taala. Baginda melakukan seperti ini tiga kali." (Sahih, asSilsilah asSohihah)
6. BERDOA SELEPAS MAKAN
"Barangsiapa yang makan makanan kemudian mengucapkan "Alhamdulillahillazi ath'amani haaza wa rozaqani min ghairi haulin minni wa laa quwwatin" (Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan merezekikan kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu." (HR Tirmizi)
7. MENDOAKAN ORANG YANG MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERPUASA (Hadis seperti dalam imej).
Selamat berbuka. Moga barakah pada setiap waktu dan rezeki..

Siri 6/1436h - akan diletakkan

Siri 7/1436h


 Siri 8/1436h


 Penerangan:
1. BULAN PUASA BULAN KESABARAN:
Sebahagian besar amalan puasa itu sendiri terdiri dari sifat sabar yang balasanya tiada batasannya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"." 3 jenis sabar:
a. Sabar dalam mentaati perintah Allah
b. Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah
c. Sabar dalam menerima taqdir Allah yang perit dan menyakitkan
2. BULAN RAMADHAN BULAN GANDAAN GANJARAN
Hadis Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan (pada bulan Ramadhan) secara sukarela satu perkara dari perkara-perkara kabaikan (sunat), maka dia seperti orang yang menunaikan satu kefarduan pada masa yang lain. Sesiapa yang menunaikan (pada bulan Ramadhan) suatu kefarduan, maka dia seperti orang yang menunaikan 70 kewajipan pada masa yang lain” Hadis diriwayatkan oleh Salman al Farisi
3.AMALAN PUASA TERKECUALI DARIPADA KAFFARAH DOSA
Di dalam riwayat al-Bukhari,Allah SWT telah berfirman di dalam hadis Qudsi: “Setiap amalan menjadi kaffarah (penebus dosa),tetapi puasa adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya”
Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Nabi SAW bersabda: “Setiap amalan anak Adam baginya sebagai kaffarah (adalah sebagai penghapus dosa baginya) melainkan puasa, puasa adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang membalasnya”
4.RAHSIA GANJARAN PUASA DI SISI ALLAH
Firman Allah SWT di dalam Hadis Qudsi:
“Melainkan puasa,sesunggunya ia adalah bagi-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya kerana dia meningglkan syahwatnya, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku”
KETERANGAN:
a. Seseorang yang berpuasa akan meninggalkan segala lintasan dan keinginan nafsunya semata-mata kerana Allah SWT
b. Puasa merupakan rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhannya. Ia tidak dapat dilihat atau ditinjau oleh sesiapapun melainkan Allah SWT
5. KESEMPURNAAN PUASA AKAN TERHASIL DENGAN TUJUH PERKARA:
Pertama: Menjaga Pandangan Mata
Kedua: Memelihara Lidah
Ketiga: Menjaga Telinga
Keempat: Menjaga Tangan Dan Kaki
Kelima: Menjaga Perut
Keenam: Tidak Tunduk Dengan Nafsu Perut
Ketujuh: Amalan Khauf (takut sekiranya puasanya tidak diterima) dan Raja’(mengharapkan Allah SWT akan menerima puasanya).

No comments:

Post a Comment