Tuesday, April 12, 2016

TAUBAT IKHLAS MENUKAR ARAK MENJADI MADU


 Pada suatu hari, khalifah Saidina Umar ibni Al-Khattab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam Kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan seorang pemuda membawa kendi yang disembunyikan di dalam kain seorang di belakangnya. Lalu timbul syak di hati khalifah Umar apabila terhadap keadaan itu, lalu bertanya, “Apa yang engkau bawa itu?” Kerana panik sebab takut dimarahi Khalifah Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu adalah arak.
 
Dalam keadaannya bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah bertaubat, insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah Islam. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Umar al-Khattab tidak membuat pemeriksaan isi kendinya. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, “Kendi ini berisikan madu.” Kerana tidak percaya, Khalifah Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Sebenarnya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah dan telah menukarkan arak kepada madu. Begitulah dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, kerana niatnya yang ikhlas, maka dia terhindar dari kemurkaan Khalifah Umar, yang mungkin membahayakan dirinya sendiri kalau kendi itu masih lagi berisi arak.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda:
 “Seteguk arak diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunat selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum arak segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum arak, maka selayaknya Allah memberinya dari Nahrul Khabal. Ketika ditanya, ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal? Jawab Rasulullah, “Darah bercampur nanah orang ahli neraka!
 
Sumber: i-Fikrah – Keluaran 17, Bil 2/2015 JAIPP

No comments:

Post a Comment