Sunday, April 17, 2016

Siri Fattabiouni: ADAB-ADAB RUMAH

Bagaimana rumah dapat dijadikan mengikut acuan Nabi? Perkara paling penting adalah seseorang mestilah:-
  1. Memilih rumah yang sesuai - Paling Dekat dengan Rumah Allah (masjid)
  2. Memilih Jiran yang Soleh - “Jiran sebelum rumah dan teman sebelum perjalanan.”

Adab-adab masuk ke dalam rumah


1. Menyebut nama Allah SWTBismillah
2. Masuk dengan kaki kanan
3. Sunnah membaca dengan doa yang diajarkan Rasulullah SAW 


Apabila seseorang membaca doa ini, syaitan berkata kepada syaitan lain “Engkau terlepas peluang untuk masuk.” Syaitan tidak mampu masuk ke dalam rumah bersama orang tersebut.


4. Beri salam kepada penghuni rumah – Salam membangkitkan rasa selamat dan ketenangan di antara dirimu dan keluargamu

5. Sekiranya tiada sesiapa di dalam rumah, berilah salam kepada diri sendiri ---> 









Perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW semasa masuk ke dalam rumah?


  1. Bersiwak
  2. Meminta keizinan (sebut nama, minta izin untuk masuk dengan baik)
  3. Nabi juga melakukan kerja-kerja dalam rumah (bersih, kemas, bantu keluarga penuhi keperluan – baiki barang dll_
  4. Memakmurkan dengan zikir dan al-Quran 


    “Perumpamaan rumah yang disebut dengan nama Allah, dan rumah yang tidak disebutkan nama Allah di dalamnya, seperti orang hidup dan orang mati” [Bukhari]
    “Nabi mengkhabarkan bahawa rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya mampu dilihat oleh penduduk langit.” Mereka melihatnya seperti kita melihat bintang di langit (pada waktu malam)
  5. Menyediakan suatu tempat di dalam rumah sebagai tempat solat
  6. Berhati-hati dengan gambar, patung, ukiran yang banyak didapati dalam rumah
  7. Kehadiran anjing BUKAN untuk tujuan pengawasan dan pemburuan

Peraturan Kenabian dalam Pengawasan Rumah

  1. Berhati-hati dengan segala penyebab-penyebab bahaya: Api/ gas/ Pintu terbuka / Bekas yang terbuka, elektrik dan apa sahaja yang memberi mudharat. Nabi SAW bersabda, “Ketika malam menjelang, atau sudah petang, maka halangilah mereka dari keluar, kerana sesungguhnya syaitan sedang berkeliaran” Bila berlalu beberapa ketika, lepaskanlah mereka.
  1. Tutup pintu sambil menyebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup.
  2. Ikat bekas air, tutup bekas-bekas dan peralatan dengan meletakkan sesuatu, dan tutuplah lampu rumah semuanya dengan menyebut nama Allah.



Adab Keluar Rumah

  1. Keluar dengan kaki kiri 

    “Sesiapa membaca doa ini ketika keluar rumah, apabila dia bertembung dengan syaitan maka syaitan itu akan terpelanting. Maka datanglah syaitan lain dan melihat ianya terpelanting, lalu bertanya,”Mengapa denganmu? Apa halnya dengan si fulan? Lalu dia menjawab, “Apa pandanganmu mengenai seseorang yang dilindungi, diawasi dan diberi petunjuk.?”

Sekiranya kita mengamalkan setiap dari sunnah ini, rumah-rumah kita akan berkait rapat dengan bilik-bilik Nabi SAW, bilik=bilik di mana Allah SWT telah menurunkan sebuah surah khas yang menerangkan perihalnya- Surah al-Hujurat

Maka apakah yang lebih baik lagi selain menzahirkan makna hubungan kita dengan Rasulullah pada rumah-rumah kita, nescaya rumah kita akan berkait dengan firman Allah:-

Katakanlah (Muhammad) sekiranya engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku nescaya engkau dicintai Allah.”



No comments:

Post a Comment