Tuesday, April 12, 2016

"Ini bukan tugas saya?" - Motivasi Pagi oleh Ustaz Long bin Kechik

Seorang pekerja diarahkan oleh tuannya :-
"Kamu ditugaskan untuk menjaga 5 benda:
1. Rumah saya
2. Kereta saya
3. Taman saya
4. Binatang peliharaan saya
5. Makan minum saya
Semasa ketiadaan tuan tersebut, anaknya bermain-main di hadapan rumah lalu terjatuh ke dalam sebuah lubang.
Pekerja tadi hanya melihat dan membiarkan sahaja. Sehinggalah anak itu mati di dalam lubang tersebut.
Ketika tuannya balik, beliau bertanya di manakah anaknya? Lalu dijawab pekerja tadi, "Dia di dalam lubang itu."
Dilihat anaknya telah pun mati di situ. Marahlah si tuan "Kenapa kamu tidak selamatkan anak saya?"
Jawab si pekerja dengan selamba "Itu bukan tugas saya. Tugas saya hanya 5 perkara sahaja:-
1. Rumah
2. Kereta
3. Taman
4. Binatang peliharaan
5. Makan minum

----------------------------
Benar atau tidak kisah di atas ini tidaklah penting. Namun 'ibrah dari kisah ini adalah sebagai seorang hamba, sememangnya tugas utama kita adalah
untuk beribadah kepada Allah SWT. Namun tugas-tugas sampingan lain tidak boleh diabaikan.DAKWAH terutamanya adalah tugas SEMUA pihak.
Tanggungjawab itu bukan terletak hanya kepada para asatizah atau orang-orang agama semata-matatetapi setiap kita muslim yang hidup di muka bumi Allah ini.
Jika ditanya di Mahsyar nanti apakah kita telah berdakwah kepada mereka yang tidak beriman atau yang sekadar Islam pada nama,
apakah boleh kita menjawab "Ini Bukan Tugas Saya???"


Walau apa pun mazhab, aliran pemikiran, tarikat dan politik, dakwah dan berdakwahlah dengan apa sahaja cara yang patuh syariat.
Fokuslah kepada kerja menyambung fikir dan risau Nabi SAW terhadap umat...

Siapa lagi kalau bukan kita? Bila lagi kalau bukan sekarang??

* perkongsian dari :-

No comments:

Post a Comment